Sahabatku..
Wednesday, 27 August 2014 | 04:04 | 0 ukhwah terjalin

Sahabatku
Dirimu pembakar semangatku.
Dirimu bagai bulan menyinari malam..
Dirimu umpama sang suria di waktu pagi.
Dirimu segala-galanya bagiku..
Kau sentiasa dihatiku..
di Kala tangis Dan tawa
kau menghiburkan hatiku.
Dikala duka Dan lara..
Aku ingn sentiasa bersama
.mu.. 

Dimana saja engkau berada.
Walau apa pun terjadi..
Itulah harapan dan impianku.

Wahai sahabatku..
Bersabarlah ats dugaan yg menimpa..
Allah sentiasa bersama kita..
Dalam apa jua keadaan...

~ Nia Fassiha 96

Kubaca firman persudaraan
Wednesday, 4 December 2013 | 19:42 | 0 ukhwah terjalin
Bismillah,

Ketika ku baca firmannya, "sungguh tiap mukmin bersaudara".
aku merasa, kadang ukhwah tak perlu dirisaukan
tak perlu, karena ia hanya akibat dari iman.

aku ingat pertemuan pertama kita, ukthi sayang.
dalam dua detik, dua detik saja.
aku telah merasakan perkenalan , bahkan kesepakatan
itu lah ruh-ruh kita yang saling di sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah muafakat
meski lisan belum saling sebut nama , tangan belum berjabat.

ya, ku baca lagi firmannya, "sungguh, tiap mukmin bersaudara"
aku makin tahu, persaudaraan itu tak perlu dirisaukan.

karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh, saat salam terasa menyakitkan , saat kebersamaan serasa siksaan. saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justeru melukai
aku tahu, yang rombeng bukn ukhwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil 
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tertentu lebih sering , imankulah yang compang-camping

ku baca firmannya, persaudaraan ukhti sayang,
dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan ,

"para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain.. kecuali orang yang bertaqwa "

- Salim A. Fillah

-
-
-
-

:)
*semoga ukhwah kita berkekalan sampai bila-bila; segala kenangan yang terpateri selamanya*

Bisikan Hati
Wednesday, 28 November 2012 | 07:35 | 0 ukhwah terjalin

Bismillah,

SAHABATku,
Andai sahaja kalian tahu,
Sy sangat berharap untuk ke syurgaNya bersama kalian..

Sungguh HATI sy berombak kncang persis kaca-kaca brtaburan ke lantai apbila sy trjumpa dan trbaca surat CINTA milikNya ini.bgitu menusuk jiwa yg kecil bukan?

" Teman-teman karib pada hari itu (kiamat) saling bermusuhan satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa." (43:67)

" Sungguh, hari keputusan ( hari kiamat) adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya, (iaitu) pada hari (ketika) seorang teman sama sekali tidak dapat memberi manfaat kepada teman lainnya, dan mereka tidak akan mendapat pertolongan, kecuali orang yang diberi rahmat Allah. Sungguh dia Maha Perkasa,Maha Penyayang."(44: 40-42)

Sy sama sekali x mahu berpisah dgn kalian dengan cara seperti ini. sejujurnya sy x sanggup mnjadi musuh ssama kite pd suatu hari nnti. saling bnci-mmbenci antara 1 sama lain. .Seandainya kalian mndengar melodi bisikan hati yg mngalir sendu ini, pasti kalian turut merasainya sama.
perlahan-lahan.. biar ia tusup hingga ke sukma.
setulusnya.
sebenar-benarnya.
Dgrkanlah~
Fahamilah~

Alangkah indahnya jika kita dpt brsama2 brpimpinn tgn menuju redhaNya. Lagi indah, jika kite berpimpin tangan menuju ke syurgaNya.
Kalian berhak membenci sy.
kalian berhak menghalangi sy.
kalian brhak memulau sy..
Seandainya kalian mnganggap diri ini masih
SAHABAT, TEMAN ataupun KAWAN.

pimpinlah sy,
nasihatilah sy,
bntulah sy,
kerna kalian
merupakan
SAHABATku,

ANDAI KALIAN TAHU, tiada lain yang aku harapkan.. aku buat semua ini cuma kerana aku SAYANG KALIAN KERANA ALLAH ♥

Luahan jiwa : Wan Nur Shafiqah

Kawan Baik
 Bismillah,

Kan best kalau persahabatan kita same cam patrick dan spongebob kan?
kalau spongebob gembira, patrick lagi gembira.
kalau spongebob sedih, patrick yang gembirakan dye.
kalau spongebob marah, patrick buat selambe je..
heee :)
I like!!

  • Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
    Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. 
  • Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
  • Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

  • Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
  • Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
  • Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
  • Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
  • Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

  • Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
    Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan
    baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
  • Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
  • kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

  • Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

    Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih
dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

kita kawan kan...??? Smile Smile Smile :)

keindahanMu!
Tuesday, 5 June 2012 | 03:04 | 1 ukhwah terjalin
Bismillahirrahmanirrahim,.

Subhanallah walhamdulillah,.Allahu Akbar
Ya Allah....Tidak berhenti mata ini bertasbih mengagungkan keindahan ciptaan-Mu.
Tidak berhenti telinga ini bertasbih mendengarkan ayat-ayat suci-Mu.
Tidak berhenti hidung ini bertasbih menghirup udara surga-Mu
Tidak berhenti mulutku bertasbih menyebut nama-Mu
Tidak berhenti hati ini betasbih memuji-Mu.
... Tidak berhenti tangan ini bertasbih berbagi kasih kepada ciptaan-Mu.
Tidak berhenti langkah kaki ini bertasbih menjalankan perintahMu.

Ya Allah,Aku tersedar akan ada saat di mana semua itu terhenti
Ridha dan Rahmatmu menjadi sebuah pengharapan besar
Mohon kekuatan dan kurnia-Mu,ya Allah sebelum hari itu datang.
Jilbabku ini adalah sebuah anugrah besar...Dengan Jilbabku aku bertasbih..Memohon bimbingan-Mu,sebelum hari pertanggungjawaban itu menjelang.

Cantik hati dan istiqomah menjadi sebuah impian besar.
Impian yang harus aku kejar,sebelum hari menutup mata tiba.

Ukhwah itu Indah,.
Saturday, 4 February 2012 | 04:36 | 1 ukhwah terjalin

teman..
ku bersyukur ke hadrat Tuhan atas sebuah pertemuan..
terima kasih teman kerana menghargai erti sebuah persahabatan suci..
menjaga hatiku dengan penuh kejujuran dan keikhlasan..

teman..
doaku padaNya agar kita menjadi insan yang beriman..
tabah dan ikhlas menghadapi liku-liku kehidupan..
thabat dan istiqamah dalam perjuangan..
berbekalkan ilmu yang tinggi sepanjang perjalanan..
dengan kuntum senyuman kebahagiaan..

harapanku semoga perhubungan kita
yang terjalin erat
tidak akan pudar dan berkekalan
serta dalam keredhaan
buat selamanya..........

sahabat...
Janganlah berdiri di depan ku..
Atau berdiri di belakang ku..
Biarlah kita bersama berdampingan..
Saling mengerti dan mengisi hati kita..

sahabat..
maafkan aku..
Izinkan aku menebus dosa ku..
atas segala salah perlakuan atau keterlanjuran dalam percakapan

sahabat..
Hiasi hari-hari depanmu dengan senyuman..
Berikan keceriaan pada hati yang terluka..
Berikan belaian lembut pada hati yang kesepian..
Jadilah cahaya disetiap kegelapan hati..
Hapuskan setiap air mata yang menitis..
Berikan kesejukkan pada hati yang membara..
Berikan cinta, sayang dan kasih kepada semua..

Aku hanya mampu berdoa semoga kamu semua selalu bahagia..
walau dalam nikmat mahupun musibah..
Apapun yang terjadi, teruslah melangkah..
Tataplah hari depan dengan doa dan penuh harapan..
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kalian..
ingatlah janjinya, 'in tansurullah yansurkum'..:)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ku coretkan kata-kata ini bukan bererti aku gagah mengharung ujian, kuat menanggung kerinduan, istiqamah dalam perjuangan, mujahadah dengan amalan, mungkin aku lebih lemah berbanding kalian, tapi harapan dan doa tetap ku teruskan..moga kita semua sentiasa beriringan..saling berpangku lengan..sungguh, aku benar2 mencintai kalian sebagai sahabat..lillahitaala..

Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah,
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah pencipta,
Jika aku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
Jika di antara kita ada tembok yang memisah, ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah,
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah aku dengan kalungan doa...

credit to-->
http://hatikumilikmuyarabbaks.blogspot.com/
Bingkisan Kata,.♥
Wednesday, 28 December 2011 | 04:56 | 1 ukhwah terjalin

♥ Islam menyeru kepada cinta, iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada Agama, cinta kepada Akidah, juga cinta kepada Makhluk sepertimana Allah menjadikan kecintaan suami isteri sebagai tanda dan bukti kekuasaanNya. ♥
..Apabila KAMU TERINGATKAN SESEORANG, PERBANYAKKANLAH ISTIGHFAR,
apabila KAMU LUPA TENTANG APA YANG KAMU PELAJARI, PERBANYAKKANLAH SELAWAT,

..Apabila KAMU INGIN WAJAH BERSERI DAN SEJUK MATA MEMANDANG , PERBANYAKKANLAH SOLAT DHUHA,

... ..Apabila KAMU INGINKAN PERLINDUNGAN DAN KEKUATAN HATI , PERBANYAKKANLAH TAHAJUD dan

..Apabila KAMU INGINKAN MALAIKAT MENDAMPINGI KAMU dan MENGELAK DARI PANDANGAN NAFSU SYAITAN , hendaklah KAMU SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERWUDHU.

Memohon Cinta Ilahi
Sunday, 25 December 2011 | 09:29 | 0 ukhwah terjalin

Perjalanan kehidupan yang dilalui banyak mengajar arti cinta kepada kita. Hubungan cinta sesama insan yang meminta balasan biasanya akan berakhir dengan kebencian apabila balasan yang diharapkan itu tidak diperolehi.

Suami isteri yang saling cinta menyintai akan berubah menjadi saling membenci jika ada penyelewengan dari salah seorang yang curang.

Begitu juga antara sahabat yang berkasih sayang, setiap kesalahan demi kesalahan dalam perhubungan mereka akan menjadi dendam yang mencalari hati masing-masing.

Cinta anak kepada ibu bapanya sedikit sebanyak akan terhakis kerana komitmen yang harus diberi kepada isteri dan anak-anak.

Tragedi demi tragedi yang menyimpan kepiluan di hati kerana kehilangan cinta membuat hamba yang beriman sadar bahawa cinta yang abadi hanya kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: ”Sesungguhnya Allah SWT mempunyai seratus rahmat dan Dia menurunkan satu rahmat untuk jin, manusia, binatang dan serangga. Adapun rahmat yang sembilan puluh sembilan lagi, Allah menyimpannya untuk diberikan pada hari kiamat sebagai wujudnya rasa sayang terhadap hamba-hamba-Nya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Cinta kepada Allah bukan hanya menjanjikan kebahagiaan. Ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan dan keberanian yang maha hebat dalam menghadapi ujian di dunia. Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya: ”Apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).

Ada tiga cara yang telah dilalui oleh orang-orang pilihan Allah untuk mendapatkan cinta-Nya yang abadi.

Menyucikan Hati.

Pandangan Allah SWT jatuh pada hati kita. Jika anda mahukan pandangan rahmat-Nya maka bersihkanlah hati. Rasulullah SAW bersabda:
”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badanmu dan tidak pula kepada rupa parasmu, tetapi Dia memandang kepada hatimu dan amalanmu.
(Hadis riwayat Muslim)

Milikilah cinta Ilahi dengan berkasih sayang kepada sesama manusia. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis qudsi: Allah SWT berfirman: ”Sesungguhnya cinta-Ku adalah bagi orang-orang yang saling mencintai kerana mengharap keredaan-Ku.” (Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwattha’ dengan sanad yang sahih)

senantiasa dekat dengan-Nya.

Apabila cinta sudah jatuh di hati yang bersih, maka ingatlah kepada-Nya di mana saja anda berada. Janji-janji sentiasa disanggupi dengan keikhlasan, baik buruk keadaan semuanya dijalani dengan kerelaan kepada sang kekasih Rabbul ’Izzati.

Apabila ia memohon kepada-Ku nescaya Aku mengkabulkannya dan jika ia berlindung kepada-Ku Aku pasti melindunginya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Perbaikilah diri dan kembalilah merapatkan diri kepada Allah SWT dengan ibadat wajib dan sunnat.

Setia Pada Janji

Cinta yang tidak pernah berubah hingga ke akhir hayat adalah cita-cita setiap pasangan yang berkasih. Setiap ujian mampu diharungi dengan sabar.
”Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Penguasa alam semesta.” Janji ini menjadi penawar di hati seorang hamba, reda meredah setiap ujian kehidupan atas nama qadha dan qadar-Nya. Firman Allah SWT: ”Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

“Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah
jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu,
mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.

” (Hadits Al-Tirmidzi dalam Jami’ al-Sahih, Rasulullah SAW bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud AS)

..Semoga Bermanfaat...
..Salam Santun Senyum Manis....
Ukhuwah yang amat BERERTI

SAHABAT,
Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis untuk aku lafazkan ,.
Apabila Ukhuwah kita dihiasi dengan KASIH SAYANG,KEJUJURAN dan KEIKHLASAN.
Ukuwah itu terlalu bererti,.Buatku YA ALLAH,.
Rahmatilah dan REDHAilah ukhuwah kami,.
Tetapkanlah HATI kami dalam saf perjuangan agamaMu,

Salam seperjuangan buat sahabatku,
walau kalian berjauhan ,DOA sentiasa ku panjatkan,berpisah kita sementara memupuk IMAN,
mencari KEKUATAN,insyaallah bertemu kita suatu hari nanti untuk sama sama berjuang,moga kita semua sentiasa thabat dalam perjuangan,perjuangan memperjuangkan islam.,
Kebangkitan ISLAM yang semakin dekat mendatang,
Allahu yubarik lakunna jami'an...^__^,

Ingatlah Kerana Mati itu akan datang pada bila-bila masa
Beringatlah wahai sahabatku sekalian,.bahwah mati adalah suatu yang pasti akan datang kepada setiap insan termasuk makhluk lain..

Sabda Nabi muhammad SAW, "Orang yang Bijak adalah orang yang selalu mengingati mati,.

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara.Sejak nabi A.S sehingga kini,kesemuanya telah kembali kepada Allah SWT .Tidak kira kaya atau miskin,berpangkat atau tidak,kesemuanya telah kembali kepadaNya,.

Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian,kerana mati boleh datang paa bila-bila masa,.Bertaubatlah sebelum terlewat

Oleh-->Imam Muda Nazrul

Jauhi Zina Hati
Wednesday, 7 December 2011 | 08:44 | 0 ukhwah terjalin

Apakah maksud sebenar zina hati?. Rujuk kembali konteks hadith berkaitan zina hati secara keseluruhan. Tidakkah di pengakhiran hadith tersebut Nabi ada menyebut:

وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُMaksudnya: (dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Bermakna semua perkara daripada tangan, kaki, telinga, mata, lidah, hati yang menuju ke arah persetubuhan haram barulah dipanggil dengan zina. Sebab itu disebut di pengakhiran hadith (Kemaluan itu yang akan menentukan berlaku atau tidak berlakunya zina).

Sebab itu Ibnu Mas’ud menambah dengan katanya:"فإن صدقه بفرجه كان زانيا وإلا فهو اللمم" أخرجه البيهقي في شعب الإيمان (5/393، رقم 7060Maksudnya: “Jika dia mengiyakannya (kehendak berzina) dengan kemaluannya maka dia menjadi penzina, jika tidak maka itu adalah Al-Lamam (dosa kecil)”. Dikeluarkan oleh Imam Baihaqi dalam kitabnya Shu’abul Iman (5/393, no 7060).

Jadi, zina kecil yang disebutkan itu adalah yang mengarah pada hubungan kelamin luar nikah. Oleh itu, melihat bukan mahram bukanlah serta-merta boleh digolongkan sebagai zina mata. Yang tergolong “zina mata” adalah pandangan yang menggoda dan penuh syahwat.

Dengan itu juga, menyampaikan kata-kata mesra kepada bukan mahram bukanlah semestinya tergolong sebagai “zina lisan”. Yang tergolong sebagai “zina lisan” adalah kata-kata pujuk rayu dan godaan kepada nafsu berahi.

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI
“Melihat perempuan itu haram”
“Mendengar suara perempuan itu haram”
“Mengingati bayangan perempuan itu haram”
“Semua itu adalah zina”
Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu?...hehehe. Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan perempuan itu sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk lelaki sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini.
Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang pengharaman segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan khinzir pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah makan dagingnya sahaja.
Apakah sebenarnya pengharaman dalam masalah perhubungan antara lelaki dan perempuan? Adakah perempuan itu haram semata-mata kerana dirinya حرام لذاته / haram lizatihi, atau haram kerana perkara luaran lain حرام لغيره / haram lighairihi?

Melihat perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata pandangan kepada perempuan itu haram atau pandangan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya pandangan yang diharamkan adalah pandangan yang disertai dengan syahwat, pandangan yang menggoda dan bernafsu. Itulah sebab kepada pengharaman pandangan bukan semata-mata kerana pandangan biasa.

Suara perempuan itu haram sebab apa? Adakah semata-mata suara kepada perempuan itu haram atau suara itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya suara yang diharamkan adalah suara yang dilunakkan untuk menarik perhatian, suara manja mendodoi, suara-suara gedik. Suara sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata suara biasa.

Mengingati perempuan itu? Adakah semata-mata ingat kepada perempuan itu haram atau ingatan itu haram disebabkan unsur luaran lain?
Tentunya ingatan yang diharamkan adalah ingatan yang membayangkan keseksian susuk tubuh perempuan, membayangkan untuk bersetubuh dengan perempuan dan bayangan yang membangkitkan berahi. Ingatan dan bayangan sebegitulah yang diharamkan bukan semata-mata ingatan biasa.

Itulah hal-hal yang dipanggil zina kecil. Pengakhiran yang menentukannya adalah kemaluannya sama ada menjebakkannya ke kancah perzinaan hakiki atau tidak.

(qasrus shuhada)

Jangan kau sangka hati Muslimah itu senang ditawan, lebih-lebih lagi hati yang kenal iman, yang tidak pernah berganjak walau sesaat pada cinta Ilahi.

Jangan kau sangka hati Muslim itu senang tertarik pada suara manja, lebih-lebih lagi yang bijak menanam imaannya, yang tidak sesekali menderhakai Penciptanya.

Kenallah Pencipta mereka dan pohonlah diberikan yang terbaik agar tiada tersalah pilih kerana hati itu bukan milikmu tetapi hanya pinjaman sementara..

Warkah Buat teman Seperjuanganku,
Wahai Teman Seperjuanganku,
Ku kenali kalian secara kebetulan,
Ku anggap kalian sebagai teman,.
Dalam diri kalian tersemat pelbagai keilmuan,
Dalam meneroka bumi tuhan..

Teman yang ku sayangi,
Tahukah kalian semusim bersama,
Ikatan mesra telah terjalin di antara kita,
Dalam mencari keredhaan Ilahi,
Keinsafan meresap di sanubari,
Menyedari betapa kerdilnya diri ini,
Di banding dengan kuasa ILAHI..

Teman yang ku kasihi,
Marilah kita bersama-sama,
Mendekatkan diri kepada ILAHI,
Mengkaji mencipata mengapa kita diciptakan,
Benrkah hanya untuk kesenorokan semata-mata,
Atau disitu ada tugasan..

Teman yang ku hormati,
Dimankah tanggungjawab kita sebagai insan,
Renungkanlah Wahai Teman,
Sebelum kita dihujani dengan pelbagai soalan,
Di alam nyata yang bakal tiba entah esok atau lusa..
Sebelum kita disemadikan,
Bersama impian yang tidak kesampaian..
3 Keadaan Pergaulan Insan
Bismilahirrahmanirrahim,.

Laksana malaikat yg mulia,suka berbuat baik kepada insan lain iaitu seorang yg berusaha menunaikan hajat org lainb dgn cara penuh kasih sayang dan lemah lembut dan sentiasa melakukan perkara yg dapat menggembiarakan hati mereka.

Laksana binatang dan benda keras iaitu seseorang yg tidak mmberi kebaikan kepada kepada orang lain dan tidak pula menolak sebarang perkara yang menyakiti mereka.

Laksana kala jengking,ular dan bintang buas iaitu seseoarang yang tidak diharapkan kebaikannya di jauh kejahatannya,.

>>>Oleh itu,.jika engkau tidak mmpu mencapai darjat malaikat maka janganlah engkau menjadi lebih rendah drpd darjat binatang dan benda2 keras iaitu turun kepada hajat kala jengking,ular dan bintang buas yangt suka menyakitkan orang lain.Jadi,jikalau engkau redha bagi dirimu untuk berada di bawah daripada darjat "A'la Illiyyin" (darjat yg paling tinggi daripada yg tinggi) Maka jangan engkau redha dirimu dgn darjat  " Asfala Safilin " (darjat yg lebih rendah daripada yg rendah),.Jikalau engkau tidak meampu melakukan perkara yg menguntungkan ,.maka janganlah engkau melakukan perkara yang merugikan..

Isteri solehah mengatasi paras rupa
Tuesday, 6 December 2011 | 23:58 | 0 ukhwah terjalin
Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasullah s.a.w:“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat.

Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya.

Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama.

Mentaati Ibu Bapa

Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya. Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:

“Dan TUHANmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil." – Surah al-Israak: 23 – 24.

Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada

Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.

Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya

Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya. Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu." – Surah al-Baqarah: 221.

Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami

Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.

Mendidik Isteri Tentang Agama

Mungkin ada di kalangan muslimin yang mengatakan bahawa dia berupaya memberikan didikan agama yang secukupnya kepada bakal isterinya kelak setelah berumah tangga. Lalu memandang remeh usaha mencari wanita yang beragama sebagai calon isteri. Tetapi, tidak ramai yang sedar bahawa bukan mudah mendidik isteri tentang agama dari mula sehingga dia benar-benar faham agama keseluruhannya. Usaha mendidik anak mungkin terbantut kerana isteri itu sendiri masih belum mendalaminya. Ini merumitkan lagi tugas suami kerana terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak dalam mencari nafkah, mendidik isteri dan memastikan anak-anak membesar dengan agama yang sempurna.

Sebaliknya, isteri yang telah pun faham dan mengamalkan tuntutan agama dengan baik akan memudahkan tugas suami. Bukan sahaja meringankan beban suami dengan memberikan pelbagai pandangan yang bernas untuk kebaikan rumah tangga, malah anak-anak juga membesar dengan didikan agama yang sempurna. Dan suami tadi tidak perlu lagi memikirkan cara mendidik isteri kerana dia sendiri telah pun faham segala tuntutan agama lalu menerapkannya kepada anak-anak dan rumah tangga.

Paras Rupa, Harta Benda dan Kedudukan Tidak Kekal

Kecantikan paras rupa, harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan. Namun, kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan. Sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga.

Antara kelebihan wanita solehah ialah akan sentiasa menghiburkan hati suami, redha dan menghargai pemberian suami serta sanggup bersama suami sama ada ketika susah mahupun senang. Ini kerana, agama menuntut dia melakukan demikian.

Sabda Rasululah s.a.w:

“Tidak boleh bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya terlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar.

Sebuah riwayat menceritakan:

“Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w kerana hajat tertentu. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu mempunyai suami? Dia menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakah kamu dengan dia? Dia menjawab: Aku tidak melalaikan haknya melainkan jika melibatkan apa yang tidak mampu kulakukan. Sabda baginda: Kamu perlu lihat keadaan kamu daripadanya. Sesungguhnya dia adalah syurga dan neraka kamu.” – Riwayat Ahmad dan al-Nasaai dengan sanad yang baik.

Wanita solehah memahami hak suami. Dia berusaha menunaikan semua hak itu semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Apa sahaja masalah rumah tangga yang dihadapinya akan ditangani secara baik dan terbuka. Dia juga bersedia menerima segala sikap baik dan buruk suami. Serta memohon petunjuk ALLAH agar dipermudahkan segala masalah yang dihadapinya ketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidak akan sekali-kali membuka rahsia suami kepada orang lain terutamanya yang melibatkan rahsia di tempat tidur mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan isteri yang mendatanginya, lalu salah seorang mereka mendedahkan rahsia pasangannya.” – Riwayat Muslim.

Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri semata-mata kerana ALLAH dan yakin terhadap sabda Rasulullah s.a.w bahawa seorang wanita yang melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluan dan mentaati suami, dia boleh masuk syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. (Hadis sahih riwayat Ahmad dan al-Tobrani).

Oleh itu, segala perintah agama dilaksanakan sepenuh hati semata-mata kerana ALLAH. Muslimah yang baik sentiasa memahami bahawa ketaatan yang diberikan kepada suami adalah sebagai melaksanakan perintah ALLAH. Setelah itu dia akan diberikan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Keengganannya berbuat demikian mengundang laknat dan kemurkaan ALLAH.

Tidak Menolak Permintaan Suami

Wanita solehah tidak akan sekali-kali mengabaikan permintaan suaminya di tempat tidur. Dia sentasa berwaspada terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:

“Demi yang jiwaku di tangan-NYA, mana-mana suami yang memanggil isteri di tempat tidur, lalu isteri itu enggan memenuhinya, maka segala yang ada di langit dan bumi akan murka terhadapnya sehinggalah suaminya redha kepadanya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga memahami bahawa permintaan suaminya itu wajib dipenuhi segera dan tidak boleh ditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibuk di dapur atau berada di atas kenderaan.

Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga dan membantu suaminya menghindari segala bisikan dan runtunan syahwat yang melanda fikirannya. Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda:

“Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” - Riwayat Muslim.

Hal ini amat berbeza sekali dengan wanita yang tidak memahami tuntutan agama. Mereka sewenang-wenangnya menolak permintaan suami dan menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang dosa. Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan penat atau sebagainya. Amaran dan ancaman laknat ALLAH dan malaikat terhadap perbuatan itu langsung tidak berbekas dalam hatinya.

Wanita solehah yang memahami kewajipan itu akan berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akan berusaha menunaikan segala permintaan suami. Ini kerana, redha ALLAH kepadanya terletak pada redha suami terhadap dirinya.

Menjaga Batas Pergaulan

Isteri solehah sentiasa memelihara auratnya ketika berurusan dengan lelaki yang bukan mahram. Cara percakapan dan akhlak sentiasa diawasi agar tidak melanggar batasan syarak. Dia tidak bercakap melainkan perkara yang baik. Jauh sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Larangan mengumpat, menghina dan mengejek orang lain yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah sentiasa terpahat dalam hatinya.

Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. Wanita pertama yang menjadi contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkoran jiwa dan raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam menyampaikan dakwah.

Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH dan Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH terhadap segala kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta.

Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana baginda selalu bertahannuts di Gua Hirak:

“Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam TUHANnya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan keletihan di dalamnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sentiasa Bersih dan Kemas

Wanita solehah telah dididik oleh keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum ketika berada di hadapan suami.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang sahih.

Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan:
“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini. Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam keadaan kusut masai, berbau, pakaian compang-camping dan sebagainya. Lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.

Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, mereka berhias secantik mungkin untuk dipamirkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya. Ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengundang dosa besar dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, dalam memilih calon isteri, faktor agama perlulah dijadikan matlamat utama. Jika itu yang dicari, sudah pasti suami akan mendapat segala kebahagiaan dan ketengan di dunia ini sebelum menuju kepada kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak.

Seorang suami memerlukan pembantu yang solehah lagi bijaksana dalam melayari kehidupan berumah tangga. Dengan ini tugas suami dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya menjadi lebih mudah. Dan bahtera rumah tangganya dapat belayar dan berlabuh dengan aturan yang betul dan diredhai ALLAH S.W.T.

Jangan Hanya kerana Cinta
Bismillahirrahmanirrahim,,
Sahabatku.. tahu kah engkau bahwa tak Semua yang kita Miliki adalah hak Milik kita.Ingat sahabatku... Semua hanya titipan,dan yang namanya titipan kapan saja saja pemiliknya Ingin mengambil.. Maka tiada satu pun yang Bisa melarangnya.

Begitu Juga saat Kita Memiliki Cinta terhadap Sesama Insan.Boleh jadi saat Ini ia ada Bersamamu,bercanda tertawa bersama,namun beberapa detik kemudian ,,Allah mengambilnya.Ternyata Ia bukan untukmu.

Kita memang harus ada ikhtiar untuk Memilih dan Memiliki,namun sejauh mana Kita Merajuk Merayu,Memohon,menangis hingga berjam-jam pun jika Allah beLum berhendak atas hajat Kita atau Memang Benar-benar Bukan hak KIta untuk Memilikinya.

... Astagfirullohal Adziim.. Siapa Kita, Untuk menggerutu akan Nasib Diri dan Menyangkakan Allah tak Adil ??
REnungkan Jika Memang Allah tak Adil ..

Apakah yang dapat Merasakan Cinta hanya Mereka Yang berharta.Mereka yang Punya wajah yang Rupawan.. atau Mereka yang Bergelar bangsawan ??

Tidak sahabatku.. Allah SWT berfirman ;
"Wahai manusia,Sungguh kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan,kemudian kami jadikan kamu saling berbangsa-bangsa,bersuku-suku dan saling Mengenal..."[Qs.Al-Hujarat ;13]
" .... dan dijadikan-Nya diantara kamu Kasih sayang,Sesungguhnya pada yang Demikian itu terdapat tanda-tanda KeKuasaan-Nya bagi kaum yang berfikir ."[Qs.30;20]

Tetapi Itulah Kita Manusia Yang bersifat Sombong dan Angkuh,Selalu Berusaha mendapatkan apa yang Terkadang Bukan hak Kita.
Memubazirkan perasaan dan Mengingat masa lalu Rasa yang Menguras air mata,menambah Luka.

Sadarlah...Mentari akan tetap bersinar meski tanpanya.
Bulan akan tetap Bercahaya dengan masanya..
Janganlah ditangisi Perpisahan dan kegagalan dalam Membina suatu HUbungan.. Atas ijin-Nya kita Bertemu dengan-Nya juga Dipisahkan dengan Hikmah yang Tersembunyi.
Jika saat Ini kita belum Memiliki apa yang kita Cintai,, Bukan Berarti kita tak pantas bahagia dengan apa yang diCintai... Justru kita Lebih pantas untuk Mendapat kan Lebih dari apa yang kita harapkan dengan Ijin dan REdha Allah dalam Rasa yang halal kita Milikinya.  
      
Older Post |

| 07:19 | 0 ukhwah terjalin

| 06:59 | 0 ukhwah terjalin

| 05:42 | 0 ukhwah terjalin
Wahai Teman Seperjuanganku,
Ku kenali kalian secara kebetulan,
Ku anggap kalian sebagai teman,.
Dalam diri kalian tersemat pelbagai keilmuan,
Dalam meneroka bumi tuhan..

Teman yang ku sayangi,
Tahukah kalian semusim bersama,
Ikatan mesra telah terjalin di antara kita,
Dalam mencari keredhaan Ilahi,
Keinsafan meresap di sanubari,
Menyedari betapa kerdilnya diri ini,
Di banding dengan kuasa ILAHI..

Teman yang ku kasihi,
Marilah kita bersama-sama,
Mendekatkan diri kepada ILAHI,
Mengkaji mencipata mengapa kita diciptakan,
Benrkah hanya untuk kesenorokan semata-mata,
Atau disitu ada tugasan..

Teman yang ku hormati,
Dimankah tanggungjawab kita sebagai insan,
Renungkanlah Wahai Teman,
Sebelum kita dihujani dengan pelbagai soalan,
Di alam nyata yang bakal tiba entah esok atau lusa..
Sebelum kita disemadikan,
Bersama impian yang tidak kesampaian..
3 Keadaan Pergaulan Insan
| 05:16 | 0 ukhwah terjalin

| 23:34 | 0 ukhwah terjalin

OLD / NEW