Teristimewa buat ukhtiku,.
Tuesday 6 December 2011 | 05:47 | 0 ukhwah terjalin

Assalamualaikum...
:DUHAI UKHTI:.

Ukhti, Pernah tak ukhti renungkan pada embun yang melitupi sarang labah-labah dipagi-pagi hari ? Pernahkah ukhti perhatikan itu? Pernahkah ukhti perhatikan akan erti yg tersirat disebalik kejadian Allah itu? Ukhti, Ibarat sarang labah2 itu adalah cinta sejati seorang hamba pada Allah. dan cintanya yg sejati terhadap manusia kerana Allah.

Ukhti, Pernahkah ukhti perhatikan pada labah2 yg sedang membina sarangnya? Begitu tekun labah ini, dan begitu khusyuk dan bersungguh2 dia melakukannnya dgn penuh susah payah dan penuh kesukaran. Bukanlah mudah membina struktur sekompleks sarang labah2.

Ukhti... bukan mudah.... tapi dilaluinya juga kesusahan itu. kerana apa? Kerana itulah " sunnatullah " Kerana itulah fitrah seekor sang labah2 Kerana hendak menjadi pengajaran kpd akal manusia yg mahu berfikir.

Ukhti, Begitu juga sifat cinta yg sejati... Ia bukan dibina dgn mudah. ia bukan diperolehi dgn angan2 kosong atau Penantian santai... bukan! Wahai ukhtikku.... ia diperolehi melalui usaha yg getir dan penuh dgn duri & ranjau.
Ukhti, Cinta pada Allah adalah usaha berpanjangan membina diri menjadi insan yg lebih sempurna. Menyempurnakan ilmu melalui pembacaan dan pelajaran yg diperolehi dari arifiin. Menyempurnakan ilmu dgn amalan yg istiqomah. 'Perumpamaan seorang yg berilmu tapi tak mengamalkan ilmu adalah spt pohon yg lebat daunnya tapi tak berbuah'. Dari diri yg sudah mantap pengamalan ilmu itu Datang pula dakwah. menyampaikan pada yg perlu. 'Sampaikanlah walau sepotong ayat'. Along the way, perbagai ujian dan cubaan akan datang menjadi tamu. menjengah menguji si ‘dia'. Apakah tegar cintanya pada Rabbnya... Atau apakah cintanya hanya seperti embun di rantaian sutera labah2?

Ukhti, Pernahkan ukhti perhatikan embun yg menumpang malam di rantaian sutera labah2? Ukhtiku, itulah 'ibarat cinta dunia. cinta dunia tidak diminta datangnya. Perginya pula seperti juga embun itu.
Tatkala datangnya mentari, Maka sirnalah ia dari sutera labah2 tadi... Seperti juga cinta dunia, Pabila datang kematian, Berpisahlah si kaya dgn hartanya. Berpisahlah dia dgn saudara maranya utk dia menjawab soalan mungkar dan nakir.

Akan berpisahlah ia dari isterinya yg pernah menjadi tempat ia melafazkan sumpah dan janji setia. Tempat ia meluahkan segala kesetiaan pengabdian.
Namun, Yg akan tinggal bersamanya ialah hanya sekelumit mana ia menyimpan cintanya padaAllah... Itulah yg bakal menjadi temannya berhadapan dgn realiti yg pernah didustakannya suatu masa dahulu ketika mana hidupnya di atas dunia dahulu.

Ukhti, Itulah cinta dunia. Dan seperti juga embun yg akan menjadi tamu sutera labah2 saban fajar... Begitu juga cinta dunia akan berkerumun Mendekati dan menggoda orang2 yg hatinya sudah diabadikan kpd cinta pada Rabbnya...
Ia akan datang dalam perbagai bentuk.... Mungkin dalam bentuk harta2 yg bertimbun2, Mungkin dalam bentuk kekuasaan yg tak terbatas, Mungkin juga berbentuk ladang2 yg luas, Mungkin juga terbentuk dari anak2 yg ramai Mungkin juga terbentuk dari isteri yg terlalu mencintai dunia.
Tak siapa tahu apakah bahagiannya.
'Allah memberi petunjuk kpd orang yg diingininya dan menyiksa yg diingininya...'.

Ukhti, Hendaklah, kita seperti sutera labah2 itu. Walau kita dikerumuni cinta dunia, Walau kita di hambat angin ujian, Walau kita ditimpa hujan musibah..... Hendaklah kita sehebat sutera labah itu. Hendaklah cinta yg kita bina seperti sutera labah2 itu.
Baik dari segi tujuan akan pembinaannya, Mahupun proses pembinaannya. Tujuannya adalah utk memenuhi syiar Allah... Menyempurnakan fitrah kemanusiaan. Proses pembinaan adalah penuh dengan rohaniah yg baik diperlengkap dengan kefahaman yg mantap Serta amalan yang istiqomah.
Ukhti, Kita berlindung dgn Allah dari tertipu dgn tipu daya nafsu dan syaitan. Hinggakan kita tersilap membina cinta ini, Kita isi cinta yang dibina dgn 'embun dunia'. Bila datang realiti kehidupan, Maka cinta yg telah disulam dengan kata2 manis Dan janji setia itu sirna bertukar menjadi mimpi2 malam yg menagih2 nikmat tidur.
Dikhuatiri bila, Kesusahan hidup datang bertamu. Bila masalah sedebu menjadi sebatu... Ketika itulah embun2 segar dunia tadi tersejat dan hilang entah kemana.
Yg tinggal hanyalah Kesedihan dan penderitaan

|